HRD CORP BAWA SIRI JELAJAH ‘POCKET TALK’ KE ALOR GAJAH, PERLUAS AKSES RAKYAT KEPADA PELUANG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

Human Resource Development Corporation (HRD Corp), terus memperkukuh usaha mendekati majikan dan masyarakat melalui penganjuran Siri Jelajah ‘Pocket Talk’ HRD Corp – Dari Dasar ke Rakyat di Alor Gajah, Melaka.
NTW 2026 PERKASA BUDAYA PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Anwar bin Ibrahim, hari ini merasmikan Majlis Kemuncak Minggu Latihan Kebangsaan atau National Training Week (NTW) 2026, bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow dan Menteri Sumber Manusia, Yang Berhormat Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, sekali gus memperkukuh komitmen Kerajaan MADANI dalam membudayakan pembelajaran sepanjang hayat serta memastikan setiap rakyat Malaysia mempunyai akses kepada peluang peningkatan kemahiran yang berkualiti.
NTW EDISI KEEMPAT DILANCARKAN, PERKUKUH BUDAYA PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA

National Training Week (NTW) edisi keempat hari ini dilancarkan sebagai kesinambungan komitmen Human Resource Development Corporation (HRD Corp) dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam memperkasa budaya pembelajaran sepanjang hayat serta memperluas akses kepada peluang peningkatan kemahiran untuk seluruh rakyat Malaysia.
HRD CORP LANCAR SIRI JELAJAH ‘POCKET TALK’ BAGI MEMBAWA DASAR DAN PELUANG PEMBANGUNAN MODAL INSAN TERUS KEPADA RAKYAT
Human Resource Development Corporation (HRD Corp), agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), hari ini melancarkan Vetri MADANI, sebuah inisiatif pembangunan kemahiran yang bertujuan untuk memperluas akses kepada latihan berstruktur serta peluang pekerjaan bagi komuniti India Malaysia.
LEBIH 8,000 RAKYAT MALAYSIA DARI KOMUNITI INDIA TELAH DILATIH, HRD CORP TERUSKAN KOMITMEN MELALUI VETRI MADANI

Human Resource Development Corporation (HRD Corp), agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), hari ini melancarkan Vetri MADANI, sebuah inisiatif pembangunan kemahiran yang bertujuan untuk memperluas akses kepada latihan berstruktur serta peluang pekerjaan bagi komuniti India Malaysia.
HRD CORP SELESAI ‘RESET’ ORGANISASI, BERANJAK KE FASA PELAKSANAAN DAN PERKUKUH TADBIR URUS

Human Resource Development Corporation (HRD Corp) telah melengkapkan proses penstrukturan semula organisasi secara menyeluruh, menandakan peralihan ke arah pelaksanaan dan penyampaian, selaras dengan agenda MADANI dalam membangunkan tenaga kerja Malaysia yang berdaya tahan dan bersedia menghadapi masa hadapan.
HRD CORP MELANTIK DATUK RUSLI JAAFAR SEBAGAI PENGERUSI BAHARU

Human Resource Development Corporation (HRD Corp) melantik Datuk Rusli Jaafar sebagai Pengerusi baharu, berkuat kuasa 1 April 2026.
HRD CORP MEMBERIKAN SUMBANGAN LEBIH RM130 RIBU KEPADA 1,000 PENERIMA MELALUI PROGRAM ZIARAH MADANI IHYA RAMADAN 2026

Human Resource Development Corporation (HRD Corp), sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), memberikan sumbangan sebanyak RM130,000 kepada masyarakat yang memerlukan bersempena program Ziarah MADANI Ihya Ramadan. Majlis disempurnakan oleh Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan bagi terus menyemarakkan semangat keprihatinan dan tanggungjawab bersama bersempena bulan Ramadan.
HRD CORP GANTUNG TUGAS TIGA PENGURUSAN TERTINGGI

Human Resource Development Corporation (HRD Corp) menggantung tugas tiga (3) anggota pengurusan tertinggi, susulan daripada laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Ketua Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
HRD CORP LANTIK DATO’ MOHAMED SHAMIR BIN ABDUL AZIZ SEBAGAI KETUA EKSEKUTIF BAHARU

Human Resource Development Corporation (HRD Corp) mengumumkan pelantikan Dato’ Mohamed Shamir bin Abdul Aziz sebagai Ketua Eksekutifnya, berkuat kuasa hari ini.