HRD CORP MELULUSKAN BANTUAN KEWANGAN RM2.62 BILION PADA 2025, MEMPERKASA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN DI PERINGKAT KEBANGSAAN

Human Resource Development Corporation (HRD Corp) telah meluluskan bantuan kewangan sebanyak RM2.62 bilion bagi aktiviti latihan dan pembangunan kemahiran pada 2025, mencatatkan pertumbuhan sebanyak 32 peratus berbanding 2024. HRD Corp juga telah meluluskan lebih daripada 2.8 juta tempat latihan, mencerminkan peningkatan positif sebanyak 3 peratus berbanding 2024. Di sebalik statistik ini, terserlah naratif pertumbuhan serta pembangunan yang lebih relevan dan bermakna.

HRD AWARDS 2025 RAIKAN PERINTIS KECEMERLANGAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN MALAYSIA

Majlis Malam Gala HRD Awards 2025 yang dianjurkan oleh Human Resource Development Corporation (HRD Corp) dengan sokongan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) berlangsung di Pusat Dagangan & Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), telah menghimpunkan majikan paling berwawasan, penyedia latihan yang inovatif serta jurulatih yang cemerlang di Malaysia dalam satu acara gilang-gemilang yang meraikan kecemerlangan pembangunan modal insan.

TAHUN KEMAHIRAN ASEAN (AYOS) 2025 MELABUHKAN TIRAI DENGAN KEJAYAAN BERSEJARAH MELALUI TUJUH PLATFORM UTAMA

Tahun Kemahiran ASEAN (ASEAN Year of Skills – AYOS) 2025, inisiatif utama Malaysia di bawah Pengerusi ASEAN 2025, telah melabuhkan tirainya dengan Majlis Makan Malam Gala yang berlangsung pada 22 Oktober di Kuala Lumpur. Bertemakan “Colours of Success: A Celebration of Achievements”, majlis ini menandakan kemuncak kepada perjalanan sepanjang tahun, meraikan pencapaian dan kejayaan bersama sepanjang pelaksanaan AYOS 2025.

RESOURCES

RESOURCES