HRD CORP BAWA SIRI JELAJAH ‘POCKET TALK’ KE ALOR GAJAH, PERLUAS AKSES RAKYAT KEPADA PELUANG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

Human Resource Development Corporation (HRD Corp), terus memperkukuh usaha mendekati majikan dan masyarakat melalui penganjuran Siri Jelajah ‘Pocket Talk’ HRD Corp – Dari Dasar ke Rakyat di Alor Gajah, Melaka.
NTW 2026 PERKASA BUDAYA PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Anwar bin Ibrahim, hari ini merasmikan Majlis Kemuncak Minggu Latihan Kebangsaan atau National Training Week (NTW) 2026, bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow dan Menteri Sumber Manusia, Yang Berhormat Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, sekali gus memperkukuh komitmen Kerajaan MADANI dalam membudayakan pembelajaran sepanjang hayat serta memastikan setiap rakyat Malaysia mempunyai akses kepada peluang peningkatan kemahiran yang berkualiti.
NTW EDISI KEEMPAT DILANCARKAN, PERKUKUH BUDAYA PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA

National Training Week (NTW) edisi keempat hari ini dilancarkan sebagai kesinambungan komitmen Human Resource Development Corporation (HRD Corp) dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam memperkasa budaya pembelajaran sepanjang hayat serta memperluas akses kepada peluang peningkatan kemahiran untuk seluruh rakyat Malaysia.
HRD CORP MEMBERIKAN SUMBANGAN LEBIH RM130 RIBU KEPADA 1,000 PENERIMA MELALUI PROGRAM ZIARAH MADANI IHYA RAMADAN 2026

Human Resource Development Corporation (HRD Corp), sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), memberikan sumbangan sebanyak RM130,000 kepada masyarakat yang memerlukan bersempena program Ziarah MADANI Ihya Ramadan. Majlis disempurnakan oleh Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan bagi terus menyemarakkan semangat keprihatinan dan tanggungjawab bersama bersempena bulan Ramadan.
HRD CORP GANTUNG TUGAS TIGA PENGURUSAN TERTINGGI

Human Resource Development Corporation (HRD Corp) menggantung tugas tiga (3) anggota pengurusan tertinggi, susulan daripada laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Ketua Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
HRD CORP LANTIK DATO’ MOHAMED SHAMIR BIN ABDUL AZIZ SEBAGAI KETUA EKSEKUTIF BAHARU

Human Resource Development Corporation (HRD Corp) mengumumkan pelantikan Dato’ Mohamed Shamir bin Abdul Aziz sebagai Ketua Eksekutifnya, berkuat kuasa hari ini.
YB DATO’ SRI RAMANAN LANCAR PROGRAM KEMAHIRAN VETRI MADANI 2026 BAGI MEMPERKASA KOMUNITI INDIA MALAYSIA

Selaras dengan bidang tumpuan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di samping mendokong aspirasi Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia hari ini mengumumkan pelancaran Program Kemahiran VETRI MADANI 2026 (VETRI). Pelancaran ini diadakan bersempena sambutan Hari Ponggal peringkat kebangsaan yang menandakan perayaan musim menuai.
HRD CORP MELULUSKAN BANTUAN KEWANGAN RM2.62 BILION PADA 2025, MEMPERKASA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN DI PERINGKAT KEBANGSAAN

Human Resource Development Corporation (HRD Corp) telah meluluskan bantuan kewangan sebanyak RM2.62 bilion bagi aktiviti latihan dan pembangunan kemahiran pada 2025, mencatatkan pertumbuhan sebanyak 32 peratus berbanding 2024. HRD Corp juga telah meluluskan lebih daripada 2.8 juta tempat latihan, mencerminkan peningkatan positif sebanyak 3 peratus berbanding 2024. Di sebalik statistik ini, terserlah naratif pertumbuhan serta pembangunan yang lebih relevan dan bermakna.
TAHUN KEMAHIRAN ASEAN (AYOS) 2025 MELABUHKAN TIRAI DENGAN KEJAYAAN BERSEJARAH MELALUI TUJUH PLATFORM UTAMA

Tahun Kemahiran ASEAN (ASEAN Year of Skills – AYOS) 2025, inisiatif utama Malaysia di bawah Pengerusi ASEAN 2025, telah melabuhkan tirainya dengan Majlis Makan Malam Gala yang berlangsung pada 22 Oktober di Kuala Lumpur. Bertemakan “Colours of Success: A Celebration of Achievements”, majlis ini menandakan kemuncak kepada perjalanan sepanjang tahun, meraikan pencapaian dan kejayaan bersama sepanjang pelaksanaan AYOS 2025.
NEGARA-NEGARA ANGGOTA ASEAN MENGUKUHKAN KENYATAAN BERSAMA UNTUK MEMPERKASA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN TENAGA KERJA

Negara-negara Anggota ASEAN menegaskan semula komitmen kolektif untuk memperkukuh pembangunan kemahiran dan transformasi tenaga kerja di seluruh rantau ini melalui penerimaan Kenyataan Bersama mengenai Pembangunan Kemahiran bagi tenaga kerja masa hadapan di ASEAN.