SKIM LATIHAN INDUSTRI (ITS)
Bantuan kewangan untuk pelatih yang menjalani latihan praktikal di premis majikan sebelum menamatkan pengajian

SKIM LATIHAN INDUSTRI

Skim Latihan Industri (ITS) menggalakkan latihan praktikal bagi perantis serta pelatih universiti dan kolej di premis majikan.

Majikan dan institusi pendidikan atau latihan hendaklah menyediakan kursus latihan berstruktur yang menggariskan objektif dan jadual latihan mingguan bagi pelatih sepanjang tempoh latihan industri.

Premis majikan
Universiti awam atau swasta, institusi pengajian tinggi, kolej atau institut latihan tempatan atau luar negara.

(a) Nama penyelia daripada universiti awam atau swasta, institusi pengajian tinggi, kolej atau institut latihan
(b) Nama penyelia daripada pihak majikan
(c) Butiran kursus dan tempoh kursus
(d) Butiran pelatih
(e) Anggaran kos yang dipohon

I. Buku Panduan Matriks Kos Yang Dibenarkan
II. Jadual Matriks Kos Yang Dibenarkan

  • Permohonan hendaklah dikemukakan oleh majikan sebelum tarikh latihan bermula.
  • Berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2019, program latihan hendaklah bermula dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh permohonan geran latihan dikemukakan. Tuntutan latihan hendaklah dikemukakan dalam tempoh tidak melebihi enam (6) bulan dari tarikh program latihan tamat.

MOHON SEKARANG MELALUI e-Tris

MUAT TURUN

Brosur

Skim yang direka untuk memberi bantuan kewangan kepada pelajar atau pelatih yang menjalani latihan di organisasi perniagaan pilihan mereka.

Sokongan HRD Corp:

  • Elaun bulanan maksima RM500 / bulan / pelatih
  • Peralatan Perlindungan Peribadi (1 set sahaja)
  • Perlindungan Insurans (jika ada)
  • Bantuan kewangan berdasarkan 20% dari baki levi semasa permohonan pertama tahun tersebut dibuat

Tempoh latihan praktikal :

  • Tempoh minimum adalah dua (2) bulan
  • Tempoh maksimum adalah lapan (8) bulan
  • Salinan Surat Pengesahan Penempatan Industri yang dikeluarkan oleh universiti awam atau swasta, institusi pengajian tinggi, kolej atau institusi latihan
  • Salinan surat pengesahan dari majikan untuk mempersetujui penempatan industri
  • Salinan struktur program
  • Perincian penyelia dari universiti awam atau swasta, institusi pengajian tinggi, kolej atau institusi latihan
  • Maklumat penyelia dari majikan masing masing
  • Maklumat kursus & tempoh program
  • Maklumat pelatih
  • Mulai 1 Ogos 2019, program latihan mesti dimulakan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh permohonan geran latihan dibuat dan penyerahan tuntutan latihan mesti dibuat tidak lebih dari enam (6) bulan dari tarikh penyelesaian program latihan.

RESOURCES

RESOURCES