Progressive Acceleration for Capability & Employability
Pemacu Anjakan Kemahiran & Kebolehkerjaan atau Progressive Acceleration for Capability & Employability (PACE) adalah merupakan sebuah dana nasional bernilai RM100 juta yang merangkumi sepuluh (10) program strategik.
Pakej ini diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan sebagai komitmen kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan HRD Corp, untuk mempercepat pembangunan modal insan, memperkukuh kebolehpasaran pekerjaan dan memastikan transformasi tenaga kerja yang inklusif di bawah kerangka Malaysia MADANI.
Berfokuskan kepada kemahiran masa hadapan, peluang pekerjaan baharu dan sokongan kepada komuniti rentan, PACE menjadi pemacu utama dalam membina tenaga kerja Malaysia yang berdaya saing, berkemahiran dan bersedia menghadapi cabaran global.
PACE digerakkan dengan tujuan memperkasa rakyat Malaysia melalui pembangunan kemahiran, kebolehpasaran dan daya tahan tenaga kerja.
PACE menawarkan pelbagai inisiatif termasuk:
VETRI MADANI
RM10 juta untuk memperkasa komuniti India melalui latihan vokasional.
DAYA
RM10 juta untuk pembangunan belia dan bakat muda.
ELEVATE
DIGITAL
RM10 juta untuk membina generasi inklusif dalam teknologi dan inovasi.
BORNEO
RM10 juta untuk membuka peluang pekerjaan bagi komuniti asal di Sabah dan Sarawak.
NUSA
RM15 juta untuk pembangunan kemahiran kebangsaan.
GTB (Gig to Business)
RM5 juta untuk memperkasa pekerja gig ke arah keusahawanan.
NADI
Program yang dicadangkan adalah terbuka kepada pelbagai skop kursus yang bersesuaian dengan objektif, keperluan kumpulan sasaran dan hasil yang ingin dicapai.
Tahap pensijilan yang ditawarkan di bawah inisiatif ini adalah seperti berikut:
Program latihan di bawah inisiatif NUSA hendaklah menyokong objektif program yang ditetapkan dan merangkumi bidang berikut:
Program yang dicadangkan mestilah selaras dengan keutamaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) dengan memberi penekanan kepada kursus teknikal yang dipacu industri bagi memenuhi keperluan semasa tenaga kerja, memperkukuh keupayaan tenaga kerja masa hadapan, menyokong usaha pendigitalan, meningkatkan produktiviti serta memenuhi keperluan industri bernilai tinggi.
Pensijilan yang ditawarkan di bawah inisiatif ini adalah seperti berikut:
Penyerahan kertas cadangan dibuka dari 6 Ogos hingga 19 Ogos 2026.
Program yang dicadangkan mestilah selaras dengan keutamaan RMK-13 dalam menyokong peralihan Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi yang dipacu digital, inovasi dan teknologi Kecerdasan Buatan (AI). Kursus yang ditawarkan perlu memperkukuh tenaga kerja digital negara melalui pembangunan bakat serta peningkatan kemahiran yang relevan dengan industri bagi meningkatkan keupayaan menyesuaikan diri, kemajuan kerjaya dan merapatkan jurang kemahiran digital negara.
Pensijilan yang ditawarkan di bawah inisiatif ini adalah seperti berikut:
Dibuka dari 6 Ogos hingga 19 Ogos 2026
Program yang dicadangkan mestilah selaras dengan keutamaan RMK-13 dengan penekanan kepada program pembangunan kemahiran yang dipacu industri dan berorientasikan permintaan bagi memenuhi keperluan semasa serta masa hadapan tenaga kerja. Program latihan perlu menyokong pembangunan sektor strategik seperti pertanian mampan, perikanan dan akuakultur, ekonomi biru, perkhidmatan teknikal serta keusahawanan luar bandar bagi meningkatkan produktiviti, daya tahan ekonomi dan pembangunan serantau yang inklusif di Sabah dan Sarawak.
Pensijilan yang ditawarkan di bawah inisiatif ini adalah seperti berikut:
Dibuka dari 6 Ogos hingga 19 Ogos 2026
Program yang dicadangkan mestilah selaras dengan keutamaan RMK-13 dengan penekanan kepada kursus teknikal yang dipacu industri bagi memenuhi keperluan semasa tenaga kerja, memperkukuh keupayaan tenaga kerja masa hadapan, menyokong pendigitalan, meningkatkan produktiviti serta memenuhi keperluan industri bernilai tinggi.
Pensijilan yang ditawarkan di bawah inisiatif ini adalah seperti berikut:
VETRI MADANI bertujuan memperkasa komuniti India Malaysia dengan meningkatkan kemahiran, memperkukuh mobiliti kerjaya serta mempertingkatkan kesiapsiagaan tenaga kerja melalui program latihan yang disasarkan.
Program yang dicadangkan mestilah selaras dengan objektif RMK-13 serta memenuhi permintaan tinggi oleh industri, khususnya dalam memperkukuh keupayaan tenaga kerja masa hadapan, meningkatkan produktiviti, mempercepat penerapan digital dan menyokong pembangunan industri berimpak tinggi.
Berminat untuk sertai VETRI MADANI? Klik pautan di bawah.
ELEVATE direka untuk memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan, membantu mereka merapatkan jurang produktiviti dan kebolehskalaan melalui program latihan yang tepat.
Program-program yang dicadangkan hendaklah selaras dengan keutamaan RMK-13, khususnya dalam memperkukuh daya saing, produktiviti dan kebolehskalaan PMKS melalui aspek-aspek berikut, dengan matlamat untuk mencapai hasil perniagaan yang boleh diukur serta menyokong pemformalan dan pertumbuhan PKS.